W3LCOM3 2 MY $!+3

annyong haseyo...!! U r welcome to my site... n keep reading..

Rabu, 24 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA !.. 21 JUN 2009




Belum terlewat rasanya utk sy mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua kaum bapa di Malaysia!.. peranan bapa dalam institusi kekeluargaan juga x kurang hebatnya.. Justeru itu, hargailah mereka selagi hayatnya masih ada..
  • ~ Kepada anak-anak yang pernah ada persengketaan dengan ibubapa/keluarga.. menjauhkan diri dari keluarga ... lari dari rumah... PULANGLAH......!! Buang yang keruh ambillah yang jernih.......

  • ~ Buat anak2 yang selama ini sukar untuk meluahkan rasa kasih/sayang... sekurang2nya tunjukkanlah rasa hormat dan terima kasih kepada orang tua... hulurkanlah walaupun sedikit sebagai tanda kasih meskipun bukan itu yang mereka minta.. sekurang2nya bagi yang susah dapat meringankan beban...

  • ~ Bagi pasangan (terutama para suami) yang selama ini hanya mementingkan perasaan sendiri.... hanya mementingkan ibu bapa/adik beradik sendiri... berilah ruang kepada pasangan kita untuk bersama kedua ibu bapanya serta keluarganya kerana dia juga punyai ibu bapa dan adik beradik.. janganlah kerana dek terlalu sayang pada ibu bapa/adik beradik sendiri dan dengan menggunakan kuasa veto sebagai suami maka kita lupa perasaan pasangan kita yang juga mengharapkan suasana yang sama untuk dirinya.. BERTOLAK ANSUR LAH & FAHAMILAH..!

"INSTITUSI KEKELUARGAAN BERMULA DENGAN ADANYA PERKAHWINAN... HARGAILAH PASANGAN ANDA"

Selasa, 9 Jun 2009

Jom Sucikan Gaji Bulanan Anda Melalui Zakat


(Sebagai ingatan kepada diri saya sendiri dan juga pembaca)



Susahkah membayar zakat? Saya jawab mudah. Yang susah adalah memastikan duit zakat itu disalurkan kepada yang benar-benar memerlukannya. Tetapi kini mudah kerana terlalu banyak badan kebajikan, pusat penjagaan wanita bawah umur, pusat tahfiz dan sebagainya.


Sepertimana Firman Allah SWT;


"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Surah At-Taubah (ayat 103)

Untuk kiraan simpanan tetap.
Anda hanya perlu kira wang zakat simpanan bila simpanan tetap mencecah RM 3600. Jika anda menyimpan wang simpanan sebagai contoh di dalam akuan anda RM 4000 pada bulan 12, anda bayar sahaja pada hujung tahun itu hanya RM 100 !! Adakah ini terlalu besar bagi anda? (darab 2.5% dengan 4000 = 100)
Ambil seratus itu terus berikan kepada mana-mana badan kebajikan Islam.


Untuk kiraan bulanan (gaji bulanan)
Baik, secara umumnya duit lebihan anda pada setiap bulan akan di darab dengan 2.5%. Contohnya gaji anda RM 1800. Anda ada lebihan wang sebanyak RM 100. Anda hanya akan membayar sebanyak RM2.50 sahaja !! Apalah sangat dua ringgit lima puluh sen itu kepada anda yang bergaji lebih seribu demi sesuap nasi kepada yang memerlukan.

Pada saya, lebih mudah untuk dikira zakat berasaskan gaji penuh bulanan dan bukannya lebihan gaji bulanan. Sebagai contoh pada penyata gaji anda Gaji anda adalah RM 3000. Jika 2.5% darab dengan 3000, anda hanya perlu salurkan wang zakat sebanyak RM75 sahaja. Ini kiraan mudah kerana kita tidak perlu kira lebihan wang penggunaan kita (kerana setiap bulan lebihan wang tidak tetap).


Jumpa dengan mana-mana badan kebajikan Islam, potong zakat melaluinya.


Sekarang anda boleh tidur lena selepas berzakat……

dipetik dari laman web Squad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

- Muhammad Nuruddin Bashah (004)Wakil Muslim aid Asia Pulau Pinang

Selasa, 26 Mei 2009

first trial... Cheese cake yang ku buat semalam... ummm! best! nyam! nyam!

Isnin, 11 Mei 2009

"Ku Abadikan Kenangan Bersama Insan Tersayang"


Sempena Hari Ibu pd 10 May 2009 - "Jasa Ibu tetap abadi dalam ingatanku.." Doaku semoga Allah memanjangkan usia Ibuku dan memberikan kesihatan yang berpanjangan kepadanya... Buat semua kaum Ibu dan juga sebagai peringatan untuk diriku sendiri... " Alwayz be a great mums in da world"